CERIA

OBJEKTIF

Baikpulih kerosakan harta bersama Pangsapuri Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah Di Negeri Selangor.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Kerosakan harta bersama yang kritikal. Hanya satu (1) jenis harta bersama yang dibenarkan untuk dibaikpulih. Permohonan daripada Badan Pengurusan berdaftar. Kedudukan kewangan Badan Pengurusan yang memuaskan.

JENIS-JENIS HARTA BERSAMA YANG BOLEH DIBAIKPULIH MELALUI SKIM PEMULIHAN NEGERI BERKEBAJIKAN

Harta bersama yang terlibat adalah seperti yang ditafsirkan di bawah peruntukan Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318] dan Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 [Akta 663] seperti berikut:-

Kawasan / ruang bangunan yang tidak terkandung dalam mana-mana petak

  • Struktur bangunan
  • Anak tangga atau tangga
  • Laluan kecemasan
  • Pintu masuk atau pintu keluar
  • Koridor
  • Lobi

Kawasan luar bangunan yang boleh digunakan atau dinikmati bersama

  • Padang permainan
  • Kawasan rekreasi
  • Jalan masuk
  • Tempat letak kereta (kecuali “accessory parcel”)
  • Ruang terbuka
  • Kawasan landskap
  • Tembok
  • Pagar

Kemudahan, lekapan dan pemasangan yang boleh digunakan atau dinikmati bersama

  • Lif
  • Pelongsor sampah
  • Parit
  • Tangki air
  • Pembentung

Paip, wayar, kabel dan saluran yang memberi kemudahan kepada lebih daripada satu petak

KEPUTUSAN ADALAH MUKTAMAD

Harta bersama yang terlibat adalah seperti yang ditafsirkan di bawah peruntukan Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318] dan Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 [Akta 663] seperti berikut:-

SEROJA

Skim untuk mewujudkan pangsapuri yang selamat dengan kerjasama Badan Pengurusan dan penduduk untuk menjaga keselamtan pangsapuri disamping melaksanakan pelbagai program keselamatan komuniti. Skim ini meliputi penyediaan CCTVm Barrier gate in/out, pembersihan nyah kuman serta program taklimat keselamatan bangunan.

Soalan Lazim

Skim CERIA (Caring Government Residence Aids’)

Program membaikpulih/menyelenggara rumah berstrata kos rendah/sederhana rendah.

Pihak pengurusan perumahan (JMB/MC) atau Ejen Pengurusan bangunan yang dilantik Pesuruhjaya Bangunan Pihak Berkuasa Tempatan bagi rumah berstrata kos rendah/ sederhana rendah.

Harga Belian asal daripada pemaju seperti di dalam perjanjian jual beli (S&P) adalah seperti berikut:

  1. Bagi kategori rumah kos rendah: RM42,000.00 ke bawah;
  2. Bagi kategori rumah kos sederhana rendah: RM42,001.00 sehingga RM72,000.00.

Skop kerja yang boleh dipohon adalah seperti berikut:

  1. Baik pulih lif
  2. Baik pulih bumbung
  3. Mengecat Bangunan
  4. Membaiki tangki air dan sistem retikulasi
  5. Kerosakan am yang melibatkan harta bersama (common property)

Bagi tahun 2020 Kerajaan Negeri mengguna pakai kaedah kos keseluruhan baik pulih bagi pangsapuri kos rendah dibiayai sepenuhnya dan kadar perkongsian kos secara nisbah 90:10 bagi pangsapuri kos sederhana. Butiran pecahan adalah seperti berikut:

JENIS PANGSAPURI NISBAH TANGGUNGAN KERAJAAN NEGERI NISBAH TANGGUNGAN BADAN PENGURUSAN
Kod Rendah 100% -
Kod Sederhana 90% 10%

Syarat-syarat lain adalah seperti berikut:

  1. Perumahan yang diduduki kurang dari 10 tahun tidak layak memohon.
  2. Permohonan adalah terbuka kepada Badan Pengurusan lantikan COB,PBT yang mempunyai kutipan yuran penyenggaraan yang baik.
  3. Keutamaan akan diberikan kepada peratusan kependudukan warganegara yang tinggi.

Kerja akan dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik oleh Agensi Pelaksana yang dikawal selia oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor mengikut proses perolehan kerajaan yang sedang berkuatkuasa.

Borang permohonan boleh dimuat turun daripada laman sesawang https://lphs.selangor.gov.my. Pemohon juga boleh mendapatkan borang permohonan daripada Pesuruhjaya Bangunan (COB) di PBT dan Unit Pengurusan Bangunan, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.

Permohonan boleh dibuat sepanjang tahun dan borang perlu diserahkan kepada Pesuruhjaya Bangunan (COB) di PBT dan Unit Pengurusan Bangunan, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Unit Pengurusan Bangunan
Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor
Tingkat 3, Podium Utara,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam,
Selangor.

No. Telefon: 03-5544 7199
No. Faks:03-5514 7314
E-Mel:skimceria@gmail.com

Video Pendaftaran

Manual Pengguna

ALAMAT

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor,
Tingkat 5, Podium Utara,
Bangunan SSAAS,
40503 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

HUBUNGI KAMI
03 - 5510 3924 / 3487
IKUTI KAMI