Terbuka kepada semua pangsapuri kos rendah/RSKU Jenis A dan sederhana rendah. Tertakluk kepada kriteria dan syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.
DAFTARBaikpulih kerosakan harta bersama Pangsapuri Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah Di Negeri Selangor.
Kerosakan harta bersama yang kritikal. Hanya satu (1) jenis harta bersama yang dibenarkan untuk dibaikpulih. Permohonan daripada Badan Pengurusan berdaftar. Kedudukan kewangan Badan Pengurusan yang memuaskan.
Harta bersama yang terlibat adalah seperti yang ditafsirkan di bawah peruntukan Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318] dan Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 [Akta 663] seperti berikut:-
Harta bersama yang terlibat adalah seperti yang ditafsirkan di bawah peruntukan Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318] dan Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 [Akta 663] seperti berikut:-
Program membaikpulih/menyelenggara rumah berstrata kos rendah/sederhana rendah.
Pihak pengurusan perumahan (JMB/MC) atau Ejen Pengurusan bangunan yang dilantik Pesuruhjaya Bangunan Pihak Berkuasa Tempatan bagi rumah berstrata kos rendah/ sederhana rendah.
Harga Belian asal daripada pemaju seperti di dalam perjanjian jual beli (S&P) adalah seperti berikut:
Bagi tahun 2020 Kerajaan Negeri mengguna pakai kaedah kos keseluruhan baik pulih bagi pangsapuri kos rendah dibiayai sepenuhnya dan kadar perkongsian kos secara nisbah 90:10 bagi pangsapuri kos sederhana. Butiran pecahan adalah seperti berikut:
JENIS PANGSAPURI | NISBAH TANGGUNGAN KERAJAAN NEGERI | NISBAH TANGGUNGAN BADAN PENGURUSAN |
---|---|---|
Kod Rendah | 100% | - |
Kod Sederhana | 90% | 10% |
Syarat-syarat lain adalah seperti berikut:
Kerja akan dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik oleh Agensi Pelaksana yang dikawal selia oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor mengikut proses perolehan kerajaan yang sedang berkuatkuasa.
Borang permohonan boleh dimuat turun daripada laman sesawang https://lphs.selangor.gov.my. Pemohon juga boleh mendapatkan borang permohonan daripada Pesuruhjaya Bangunan (COB) di PBT dan Unit Pengurusan Bangunan, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.
Permohonan boleh dibuat sepanjang tahun dan borang perlu diserahkan kepada Pesuruhjaya Bangunan (COB) di PBT dan Unit Pengurusan Bangunan, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Unit Pengurusan Bangunan
Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor
Tingkat 3, Podium Utara,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam,
Selangor.
No. Telefon | : | 03-5544 7199 |
No. Faks | : | 03-5514 7314 |
E-Mel | : | skimceria@gmail.com |
Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor,
Tingkat 5, Podium Utara,
Bangunan SSAAS,
40503 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.